KEMPISKAN PERUT & BUANG ANGIN DENGAN SELAMAT
Tidak ramai yang tahu dan amalkan petua lama untuk jaga tubuh badan.
Tapi petua yang dikongsi ini sangat bagus untuk anda buang
angin dalam badan dan sesuai untuk ibu yang bersalin cara bedah amalkan.
Ya, hanya perlu buat sendiri dengan menggunakan empat bahan & cara ini
berharga RM 2 (kos bahan yang dibeli anda)
Bahan-bahan:
Halia 3cm
Halba 3 sudu
Lada hitam 15 biji
Bawang putih 3 ulas

Cara buat:
1. Tumbuk halba sampai hancur.
2. Bila hancur masukkan halia, dan bawang putih. Tumbuk dan
kemudian masukkan lada hitam. (tumbuk sampai lumat)
3. Ambil dan bentukkan
bulat-bulat kecil, selepas itu anda boleh keringkan dan sipan dalam
bekas.
Sangat bagus untuk buang angin, kalau anda tak mahu tumbuk
bahan-bahan tadi, boleh blend. Bagi 1 adunan ini boleh tahan 2 minggu.
Cara makan:
1. Makan 2 biji hingga 4 biji setiap hari ikut ketahanan
badan.
2. Sesuai untuk bersalin bedah sebab angin banyak dalam
badan.
3. Apa yang bagus bahan ini berfungsi untuk kempis perut,
dan buang angin.
4. Ibu menyusu boleh amalkan kalau anak tahan.
5. Tapi bu mengandung tidak dibenarkan.
INFO:
Lelaki dan perempuan tak mengandung atau bersalin normal pun
boleh amalkan. Bahan semula jadi tanpa perapat. Sesiapa yang banyak angin
TERBAIK untuk amalkan selalu.
Tetapi kalau anda bersalin bedah, petua ini sangat
digalakkan untuk buat resipi sebab bersalin czer selalunya tidak bertungku di
bahagian perut dan angin banyak berbanding bersalin normal.
Kredit: Petua-petua melayu